Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 9, 2011

Baka Kucing Unik Atau Luar Biasa




DEVON REX


Terdapat beberapa baka kucing yang terbentuk daripada mutasi gen, sehingga mempunyai rupa bulu yang unik samada kerinting ataupun beralun seperti kucing daripada keluarga Rex ataupun Devon Rex, Cornish Rex, German Rex dan Selkirk Rex. Selain itu terdapat juga baka American Wirehair yang memiliki bulu yang kasar seperti dawai dan baka Spynx yang langsung tidak mempunyai bulu sehingga kelihatan seperti bogel.

CORNISH REX


Berikut dihuraikan sedikit fakta berkaitan dengan baka kucing Devon Rex dan Spynx. Kucing Devon Rex berasal dari England. Ia bersaiz kecil hingga ke sederhana, ramping dan berbadan elegan. Telinganya yang terlebih besar, kandang-kadang ada yang lebih ekstrem menyerupai bentuk telinga "elf". Misalnya kerinting, jarang, pendek, dan berbentuk seperti dawai. Bulunya keirnting dan lebih lembut dari Cornish Rex. Baka ini tampil dengan pelbagai jenis warna dan corak tetapi warna putih padat adalah warna biasa. Pembawakannya amat menakjubkan. Sifatnya pengasih, memerlukan perhatian, sikap ingin tahu, ceria, suka bermain, tetapi tidak boleh bercampur dengan kanak-kanak. Ia juga dikatakan boleh melompat dengan baik sehingga digelar dengan panggilan "little terrors" atau "monyet dengan pakaian kucing". Ia boleh melahirkan anak, purata bilangan anak yang dilahirkan adalah 5 ekor. Kucing ini mampu bertahan hidup 9 hingga 15 tahun.

SPYNX


Kucing Spynx pula berasal daripada Canada dan merupakan salah satu baka yang terbaru. Ia juga dikenali sebagai Kucing Kanada tapa bulu dan Kucing Bulan. Bulu yang lembut seperti baldu dan sukar dilihat menyebabkan ia tampak seperti tidak berbulu. Oleh kerana bulu yang menutup badannya sedikit, maka kucing ini sesuai tinggal di negara-negara yang beriklim panas dan tidak boleh terdedah pada cahaya matahari secara langsung. Hanya kucing ini yang boleh berpeluh, maka ia perlu sentiasa dilembapkan dengan menggunakan kain yang basah setipa hari. Kucing ini juga tidak mempunyai misai, bersaiz agak besar, telinga terbuka dengan kepala kecil. Matanya besar dan bulat, badannya berotot kekar dan bulat, mempunyai ekor seperti cemeti, meruncing dan kadang-kadang hujungnya berbulu. Ia amat suka bermain, nakal, penyayang, dan pendiam. Ia boleh melahirkan anak, purata bilangan anak yang dilahirkan adalah 4 ekor. Kucing ini mampu bertahan hidup 9 hingga 15 tahun.

Saturday, June 18, 2011

Mengenali kucing parsi

ASAL USUL

Kucing parsi tergolong dalam keluarga kucing berbulu panjang atau longhair cat yang terutamanya digemari penggemar kucing. Wajahnya yang lebar, hidung leper dan berbulu panjang serta lebat membuatkan kucing parsi kelihatan sangat comel dan menarik. Kucing yang merupakan jenis kucing baka atau pedigree ini berbeza dengan kucing angora. Kucing angora berasal dari Angora (Ankara), Turki, dengan buku panjang yang hanya terletak di sekitar leher dan ekor. Tetapi,tidak ramai yang mengetahui perihal kucing angora ini.

Kucing yang memiliki kerakter lembut, tenang dan jinak ini berasal dari Parsi (Iran) dan telah memasuki ke benua Eropah (tepatnya Itali) pada abad ke-16. Kucing tersebut dibawa oleh pelarian Itali yang bernama Pietro della Valle. Kucing Parsi juga ditemui di Amerika Utara pada abad ke-18. Pada zaman pemerintahan Victoria, kucing ini menjadi inatang kesayangan kepada sebilangan besarbangsawan atau golongan aristokrat di Eropah. Malah, ia turut menjadi simbol status para bangsawan pada zaman tersebut.
Sebelum ini, kucing Parsi berwajah panjang, telinga tinggi dan besar, jarak di antara telinga kiri dan kanan agak rapat, hidung bengkok ke bawah serta tubuhnya panjang dan tinggi.